PENGARAH URUSAN

DOKTOR RODZI BIN RAMLI Doktor Rodzi adalah seorang Doktor Pergigian, beliau telah mendapat gelaran pada tahun 1997 (Drs. Med. Dent.) dan pada awal tahun 1979 gelaran DDS.

Pada tahun yang sama ditugaskan di Hospital Besar Kangar sehingga tahun 1982. Beliau telah dipindahkan ke Pusat Kesihatan Beseri menjadi PYM (Pegawai Yang Menjaga) untuk kawasan Perlis Utara mencakupi Pusat Kesihatan Beseri, Pusat Kesihatan Kaki Bukit, Pusat Kesihatan Padang Besar dan seluruh Pusat Kesihatan Sekolah-Sekolah.

Pernah berkhidmat sebagai pegawai yang bertanggungjawab ke atas kesihatan pergigian sekolah-sekolah di seluruh negeri Perlis. Beliau pernah menjadi salah seorang ahli panel untuk pertandingan Kesihatan Gigi seluruh Sumatera Indonesia pada tahun 1977.

Selain sebagai Pengarah Urusan, beliau juga ditugaskan mengetuai R@D. Atas inisiatif dan daya usaha beliau telah mencipta ubat gigi yang diperbuat dari gamat. Beliau ialah pencipta ubat gigi gamat yang dinamakan Ubat Gigi Formula Dr. RODZI. Atas kreativiti dan inovatif tersebut, Kementerian Sains dan Teknologi telah menganugerahkan Tokoh Inovasi Sains peringkat negeri Perlis pada tahun 1995.

Kata-kata Beliau

" Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan kepercayaan serta keyakinan di atas produk-produk keluaran syarikat kami. Saya sebagai Pegawai R&D ingin memaklumkan kepada anda bahawa keseluruhan produk kami adalah formula yang dicipta dan diproses sendiri. Teras penciptaannya ialah Bahan Herba yang telah diturunkan maklumatnya secara tradisi. Saya memodenkan tradisi tersebut dalam bentuk lebih saintifik berjenama Formula Dr. RODZI. Konsep produk kami adalah Kosmetik Terapiutik.

Terima Kasih.
z